[Most Recent Quotes from www.kitco.com] Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits
JOM SIMPAN EMAS:
Hubungi Safrul PustakaEmas 0129427678 / Dealer Pn Aida (K.Terengganu) 0139869493 / Dealer Pn Zuraida (K.Terengganu) 0199454911 / Dealer En Haizal (Johor Baharu) 0137089306

Mereka yang berahsia...

Posted by Safrul Salleh under , ,
Salam hormat rakan-rakan LLK


Dah lama tak blogging...bukan takde idea atau bosan dengan suasana LLK ni yer...sibuk sangat dengan tugasan dan program di luar kawasan. Jadi hari ni tak sibuk dan nak gunakan masa yang ada ni untuk berkongsi pengalaman mengenai pendapat orang ramai terhadap Logam Kuning (LK).


Senario 1:
Rakan saya yang bernama Abu (bukan nama sebenar) bekerja sebagai pegawai kerajaan di pantai timur semenanjung Malaysia. Sebelum ini Abu sudah didekati oleh agen-agen LK...namun membuat keputusan untuk tidak membuat pelaburan. Sehinggalah Abu bertemu dengan saya di satu program dan bertanyakan pendapat saya tentang pelaburan emas ini. Saya ni bukan mahir pasal pelaburan ni...tetapi nak sedapkan hati Abu, saya tunjukkan blog saya...pustakaemas.blogspot dan tokey-emas999. Saya suruh Abu baca blog-blog ini. Kemudian saya berikan pendapat saya terhadap LK berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, Abu membuat keputusan untuk membeli LK melalui agen LK yang dikenalinya. Sebelum kami beredar saya sempat bertanya kepada Abu kenapa baru sekarang dia nak membeli. Ini jawapannya...
"Aku nak tahu sendiri cerita ni dari kawan-kawan yang dah beli...baru puas!"
Salam hormat dan Salam emas,

Tahukah anda bahawa pengalaman pelaburan emas boleh bertukar kepada RM? Tahukah anda bahawa pengalaman pelaburan emas boleh menjadi pendapatan kedua selepas jual-beli emas? YA...tidak mustahil dan bukannya khayalan...ini satu kebenaran. Sedar atau tidak perniagaan internet telah berkembang maju dan
di Malaysia telah ramai yang berjaya memulakan perniagaan internet.

Percayalah...Kos untuk perniagaan internet adalah amat rendah berbanding perniagaan konvensional. Anda hanya perlu membayar harga domain (RM40) setahun dan sewaan web hosting (lebih kurang RM150) setahun. Jadi kos anda untuk setahun hanyalah RM190 sahaja. Kemudian anda perlu membina website @ ministe. Berapakah harganya untuk membina website @ ministe?

Percayalah...Kalau anda mengupah designer harganya adalah dalam lingkungan (RM500 ke RM200)... MAHAL! MAHAL! MAHAL! Percayalah...kalau anda membinanya sendiri kosnya hanya RM0 sahaja. Jadi untuk menjimatkan wang anda anda perlulah membina website anda sendiri

Seorang rakan saya telah menghasilkan satu video tutorial langkah demi langkah cara membina minisite@website sendiri. Ianya amat berguna dan sangat mudah diikuti. Semudah A B C! Anda boleh menonton video tutorial terbabit sambil membina minisite anda. sekiranya anda ingin berhenti atau kurang faham anda boleh tekan pause dan menyambungnya kembali. Panduan ini memang betul-betul akan membantu anda.

Sekiranya berminat untuk mendapatkannya, anda boleh ke Panduan Membina Minisite Semudah A B C

Semoga panduan ini akan berjaya membantu anda menukarkan pengalaman pelaburan emas anda kepada RM RM RM!

Ikhlas,
@pustakaemas






Jadilah pemain LLK yang bijak

Posted by Safrul Salleh under , ,
Salam hormat Salam emas,

Nampaknya suasana kemeriahan di dalam LLK ni mulai suram...sepi...tidak serancak di awal meletusnya lonjakan emas...hampir seminggu saya perhatikan bloggers dalam LLK...kurang atau tidak ada langsung kerancakan bual bicara...tips-tips dan kata-kata bijak pandai...tak mengapa...dunia LLK ni seperti roda...ada masanya akan tinggi ke puncak dan ada ketikanya jatuh ke dasar...inilah lumrah dunia LLK...pasang dan surut...

Pesan saya kepada pemain-pemain di dalam LLK (termasuk diri saya)...jadilah seorang pemain yang bijak...bijak membuat keputusan...bijak mengatur strategi...bijak menjana pendapatan...jangan jadi macam pasukan bola sepak Malaysia...warna dah warna emas...sayangnya corak permainan macam warga emas...heheheh!

Bagaimana mahu menjadi pemain di dalam LLK yang bijak? Mudah sahaja...sebelum tu pendapat peribadi saya hanyalah untuk future & curret player. Ingat lagi formula yang saya perkenalkan
Salam hormat sahabat emas

Seperti yang dijangka harga logam kuning menjelang tahun baru 2010 terus melonjak...walaupun ada simptom kejatuhan namun tidak kekal lama kerana harga logam kuning akan kembali mendaki ke puncak...ini menunjukkan adanya permintaan yang tinggi daripada peminat-peminat logam kuning...disokong oleh kelemahan dolar US...jangkaan harga logam kuning akan mencecah sehingga 2500 US/Oz tidaklah mustahil jika dilihat trend semasa dan sejarah logam kuning...

                                          Source: jutawanemas.com

Bila nak cecah 2500 US/Oz ni...tak sabar nak senyum selebar-lebarnya...kenapa tidak, hasil belian logam kuning sebelum ni pun dah dapat generate hampir RM400 (tempoh masa: 7 hari)...bila waktunya tiada siapa dapat tentukan kecuali YANG MAHA MENGETAHUI...jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang? Maklumlah...Bank Rakyat (BR) dah tangguhkan urusniaga gadaian...mungkin ada yang mula mundar-mandir memikirkan dan mencari jalan terbaik untuk terus kekal dalam LLK ni...

Pendapat peribadi saya...menjelang tahun baru 2010 dan mungkin ada perubahan dengan sistem urusniaga BR...lebih baik revise balik objektif di dalam liga logam kuning...ke mana kita nak pergi...apa matlamat kita...tentukan semula matlamat yang pendek dan yang panjang...back to basic...

Dalam LLK ni saya adalah 'long-distance athlete'...Semoga berjaya...
Salam hormat sahabat emas

Saya mendapat berita penangguhan ini dari saudara adie. Terlalu banyak persoalan yang bermain di kepala ni...walaupun saya bukan ada perancangan pun nak p gadai...perkara ini cukup menarik...cukup menggemparkan...

1. Adakah BR 'gelabah' dengan lonjakan harga emas? atau/dan
2. Adakah BR tidak mampu menampung permintaan gadaian dan nilaian yang semakin meningkat? atau/dan
3. Adakah BR 'tak cukup' aliran tunai? (yang ni nampak tak logik) atau/dan
4. Adakah BR 'tersedar' kelemahan sistem kewangan yang membolehkan dimanipulasi oleh pengguna? atau/dan
5...pikirlah sendiri...

Gold Bar dan Poh Kong

Posted by Safrul Salleh under ,
Salam hormat warga sahabat emas,

Saya nak kongsi pengalaman ketika bercuti di kampung halaman sempena Aidiladha baru-baru ni...kisah ni berlaku di kedai emas Poh Kong (SOGO,KL). Apa saya buat kat sana?? Adalah urusniaga berkaitan emas...bukan untuk saya tetapi untuk puteri tersayang...dipendekkan ceritera...dialog antara saya dan pekerja Poh Kong (Mr. Lim)

pustakaemas: ada jual gold bar tak?

Mr. Lim: ada...saya sudah jual 10 ketul la...banyak untung...you boleh la beli dengan saya

pustakaemas: berapa gram you ada?

Mr. Lim: 20g sudah habis...takda stok...50g ada lagi...

pustakaemas: berapa harga 50g tu?

Mr. Lim: kalo you mau...saya offer 1 ketul RM7,500 la...murah la...emas sekarang sedang naik...beli sekarang la...

pustakaemas: gold bar Pamp Suisse ka? (tanya tu sebab Habib pun offer Pamp Suisse)

Mr. Lim: bukan...gold bar Poh Kong...(sambil tersenyum)

pustakaemas: takpe...lain kali saya beli (dalam hati kata "mahal nak m****s...lebih baik beli PG)

>> Kedai emas ni bukan boleh percaya sangat...tahu nak mencekik jer...

Peluang 'BUY' datang lagi...

Posted by Safrul Salleh under ,
Salam hormat dunia emas,

Sekali lagi peluang datang...siapa sangka dalam beberapa hari saya beli emas pada nilai 1159 mata...sekali lagi saya dapat beli kali ini jauh lebih rendah...di bawah paras 1140 mata! Inilah dinamakan REZEKI!

Formula mudah:
TIMING + PATIENCE = REZEKI



Biar saya buat analisis ringkas melalui pendapat saya sendiri...kenapa harga emas di bawah paras 1140 mata?? Mudah sahaja...berlakunya lebihan penawaran berbanding permintaan...jadi harga pasaran akan menjunam...mungkin semasa harga emas menunjukkan penurunan dari 1170 mata kepada 1140 mata...'trader' mula menjual stok emas...mungkin tidak mahu menanggung kerugian...saya pinjam statement daripada En. Jon yang merupakan seorang 'analyst'...kata En. Jon "When gold turns, look for a floor of about $880 an ounce, and other signposts it's time to sell". Betul kan? kan? kan? Agaknyer 'trader' emas ni dengar cakap En. Jon...

Saya sebagai pembeli melakukan sebaliknya...mula membeli bila harga emas jatuh atau bila di paras terendah...akhirnya saya dapat meningkatkan stok emas saya dengan belian harga rendah...alhamdulillah!

Masa itu Emas...

Posted by Safrul Salleh under , ,
Salam Emas

Masa itu emas...Ya, masa memang berharga...berharga macam emas...sebab apa? Masa yang pergi tak akan kembali...betul ke? Kalau sekarang pukul 2 petang...esok ada lagi pukul 2 petang...lusa pun ada lagi pukul 2 petang...macam mana ni? Kata masa tak kembali...ish ish ish...Perumpamaan tu mungkin lebih tepat saya kaitkan dengan peluang terbaik dalam hidup kita yang mungkin hanya datang sekali...peluang baik tu boleh datang tiap-tiap hari tapi pernah ke berlaku? Kalau ada kawan-kawan yang dapat peluang baik setiap hari boleh kongsi dengan saya dan kawan-kawan lain...nak juga tahu peluang apa tu ye...kan? kan?

Peluang datang sekali-sekala...betul juga...Ya! Peluang saya dapat beli emas bila harga emas pada 1159 mata hanya sekali saja dan peluang tu tak tahu lagi bila akan datang. Alhamdulillah...keputusan yang saya ambil sungguh berharga...Alhamdulillah...inilah dikatakan masa itu emas dan sangat berharga. Saya percaya peluang kawan-kawan akan muncul juga...kawan-kawan mesti yakin kepada diri sendiri dan tetapkan objektif bila mahu bertindak...Insya'allah...berkat kesabaran pasti berjaya...

Insya'allah, saya akan berkongsi maklumat dengan kawan-kawan teknik yang saya gunakan di dalam membuat keputusan 'BUY' emas...Salam Aidiladha daripada pustakaemas.blogspot

Salam Emas

Harga emas berubah-ubah...Apa tindakan kawan-kawan?


 
Cuba perhatikan 'trend' harga emas di atas...'trend' yang boleh membuka mata semua pihak...tak kiralah pelabur dan bakal pelabur...'trend' tidak seperti di awal lonjakan harga emas...'trend' yang mungkin memberitahu kerancakan urusniaga emas sudah mulai perlahan...mengikut theory...ini kerana hubungan negatif antara emas dan US$...jika US$ tinggi...nilai emas akan susut/jatuh...begitlah sebaliknya...persoalannya...APA TINDAKAN ANDA?

Disclaimer/Penafian:PustakaEmas.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku yang ditanggung oleh pelawat. Semua maklumat yang dipaparkan adalah pendapat peribadi dan bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pembaca. Setiap keputusan dan risiko adalah tanggungjawab pembaca dan pemilik blog tidak akan bertanggungjawab.