[Most Recent Quotes from www.kitco.com] Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits
JOM SIMPAN EMAS:
Hubungi Safrul PustakaEmas 0129427678 / Dealer Pn Aida (K.Terengganu) 0139869493 / Dealer Pn Zuraida (K.Terengganu) 0199454911 / Dealer En Haizal (Johor Baharu) 0137089306

Jadilah pemain LLK yang bijak

Posted by Safrul Salleh under , ,
Salam hormat Salam emas,

Nampaknya suasana kemeriahan di dalam LLK ni mulai suram...sepi...tidak serancak di awal meletusnya lonjakan emas...hampir seminggu saya perhatikan bloggers dalam LLK...kurang atau tidak ada langsung kerancakan bual bicara...tips-tips dan kata-kata bijak pandai...tak mengapa...dunia LLK ni seperti roda...ada masanya akan tinggi ke puncak dan ada ketikanya jatuh ke dasar...inilah lumrah dunia LLK...pasang dan surut...

Pesan saya kepada pemain-pemain di dalam LLK (termasuk diri saya)...jadilah seorang pemain yang bijak...bijak membuat keputusan...bijak mengatur strategi...bijak menjana pendapatan...jangan jadi macam pasukan bola sepak Malaysia...warna dah warna emas...sayangnya corak permainan macam warga emas...heheheh!

Bagaimana mahu menjadi pemain di dalam LLK yang bijak? Mudah sahaja...sebelum tu pendapat peribadi saya hanyalah untuk future & curret player. Ingat lagi formula yang saya perkenalkan

TIMING + PATIENCE = REZEKI ....1

Formula ni mesti diamalkan...TIMING lebih kepada keputusan bila hendak membeli emas? Sekarang? Esok? Lusa? Minggu depan? Bila? Bila? Bila? Saya nasihatkan belilah bila harga emas diparas terendah...macam beberapa hari yang lepas...keputusan ini akan membolehkan rakan-rakan berjimat...contohnnya harga emas pada 07.12.09 pernah berada di paras di bawah 1140 mata...inilah masanya untuk membeli (bouncing signal)...kerana selepas itu...emas akan melonjak semula sehingga 1167 mata...kan? kan?

PATIENCE pula berkait secara lansung dengan TIMING...rakan-rakan perlu ada sifat terpuji ni...jangan ikut nafsu nak beli walaupun harga emas sedang naik...sabar...sabar...sabar...Sampai masa harga akan turun dan inilah PERFECT TIMING.

Yang akhir adalah hasilnya...REZEKI...bila kita beli pada harga emas sedang 'terduduk' dan kemudian harga emas mula mendaki...rakan-rakan telah mula membuat REZEKI (Profit)...ambil balik contoh kat atas tadi...1167 (tinggi) - 1140 (rendah) = beza 27 mata. So berapa ROI untuk tempoh yang singkat ni? ROI = 2.37%!! Wow!!

Jadi amalkanlah formula saya tu yer...

0 comments:

Disclaimer/Penafian:PustakaEmas.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku yang ditanggung oleh pelawat. Semua maklumat yang dipaparkan adalah pendapat peribadi dan bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pembaca. Setiap keputusan dan risiko adalah tanggungjawab pembaca dan pemilik blog tidak akan bertanggungjawab.