[Most Recent Quotes from www.kitco.com] Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits
JOM SIMPAN EMAS:
Hubungi Safrul PustakaEmas 0129427678 / Dealer Pn Aida (K.Terengganu) 0139869493 / Dealer Pn Zuraida (K.Terengganu) 0199454911 / Dealer En Haizal (Johor Baharu) 0137089306

Ini fakta...bukan auta

Posted by Safrul Salleh under ,

Petua Liga Logam Kuning

Posted by Safrul Salleh under
"Those with responsibility to invest money for others 
should act with prudence, discretion, intelligence, and
regard for the safety of capital as well as income."
Judge Samuel Putnum (1830)
 
 


Mereka yang berahsia...

Posted by Safrul Salleh under , ,
Salam hormat rakan-rakan LLK


Dah lama tak blogging...bukan takde idea atau bosan dengan suasana LLK ni yer...sibuk sangat dengan tugasan dan program di luar kawasan. Jadi hari ni tak sibuk dan nak gunakan masa yang ada ni untuk berkongsi pengalaman mengenai pendapat orang ramai terhadap Logam Kuning (LK).


Senario 1:
Rakan saya yang bernama Abu (bukan nama sebenar) bekerja sebagai pegawai kerajaan di pantai timur semenanjung Malaysia. Sebelum ini Abu sudah didekati oleh agen-agen LK...namun membuat keputusan untuk tidak membuat pelaburan. Sehinggalah Abu bertemu dengan saya di satu program dan bertanyakan pendapat saya tentang pelaburan emas ini. Saya ni bukan mahir pasal pelaburan ni...tetapi nak sedapkan hati Abu, saya tunjukkan blog saya...pustakaemas.blogspot dan tokey-emas999. Saya suruh Abu baca blog-blog ini. Kemudian saya berikan pendapat saya terhadap LK berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, Abu membuat keputusan untuk membeli LK melalui agen LK yang dikenalinya. Sebelum kami beredar saya sempat bertanya kepada Abu kenapa baru sekarang dia nak membeli. Ini jawapannya...
"Aku nak tahu sendiri cerita ni dari kawan-kawan yang dah beli...baru puas!"

Jadilah pemain LLK yang bijak

Posted by Safrul Salleh under , ,
Salam hormat Salam emas,

Nampaknya suasana kemeriahan di dalam LLK ni mulai suram...sepi...tidak serancak di awal meletusnya lonjakan emas...hampir seminggu saya perhatikan bloggers dalam LLK...kurang atau tidak ada langsung kerancakan bual bicara...tips-tips dan kata-kata bijak pandai...tak mengapa...dunia LLK ni seperti roda...ada masanya akan tinggi ke puncak dan ada ketikanya jatuh ke dasar...inilah lumrah dunia LLK...pasang dan surut...

Pesan saya kepada pemain-pemain di dalam LLK (termasuk diri saya)...jadilah seorang pemain yang bijak...bijak membuat keputusan...bijak mengatur strategi...bijak menjana pendapatan...jangan jadi macam pasukan bola sepak Malaysia...warna dah warna emas...sayangnya corak permainan macam warga emas...heheheh!

Bagaimana mahu menjadi pemain di dalam LLK yang bijak? Mudah sahaja...sebelum tu pendapat peribadi saya hanyalah untuk future & curret player. Ingat lagi formula yang saya perkenalkan

Masa itu Emas...

Posted by Safrul Salleh under , ,
Salam Emas

Masa itu emas...Ya, masa memang berharga...berharga macam emas...sebab apa? Masa yang pergi tak akan kembali...betul ke? Kalau sekarang pukul 2 petang...esok ada lagi pukul 2 petang...lusa pun ada lagi pukul 2 petang...macam mana ni? Kata masa tak kembali...ish ish ish...Perumpamaan tu mungkin lebih tepat saya kaitkan dengan peluang terbaik dalam hidup kita yang mungkin hanya datang sekali...peluang baik tu boleh datang tiap-tiap hari tapi pernah ke berlaku? Kalau ada kawan-kawan yang dapat peluang baik setiap hari boleh kongsi dengan saya dan kawan-kawan lain...nak juga tahu peluang apa tu ye...kan? kan?

Peluang datang sekali-sekala...betul juga...Ya! Peluang saya dapat beli emas bila harga emas pada 1159 mata hanya sekali saja dan peluang tu tak tahu lagi bila akan datang. Alhamdulillah...keputusan yang saya ambil sungguh berharga...Alhamdulillah...inilah dikatakan masa itu emas dan sangat berharga. Saya percaya peluang kawan-kawan akan muncul juga...kawan-kawan mesti yakin kepada diri sendiri dan tetapkan objektif bila mahu bertindak...Insya'allah...berkat kesabaran pasti berjaya...

Insya'allah, saya akan berkongsi maklumat dengan kawan-kawan teknik yang saya gunakan di dalam membuat keputusan 'BUY' emas...Salam Aidiladha daripada pustakaemas.blogspot

Disclaimer/Penafian:PustakaEmas.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku yang ditanggung oleh pelawat. Semua maklumat yang dipaparkan adalah pendapat peribadi dan bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pembaca. Setiap keputusan dan risiko adalah tanggungjawab pembaca dan pemilik blog tidak akan bertanggungjawab.