Salam hormat rakan-rakan LLK
Dah lama tak blogging...bukan takde idea atau bosan dengan suasana LLK ni yer...sibuk sangat dengan tugasan dan program di luar kawasan. Jadi hari ni tak sibuk dan nak gunakan masa yang ada ni untuk berkongsi pengalaman mengenai pendapat orang ramai terhadap Logam Kuning (LK).
Senario 1:
Rakan saya yang bernama Abu (bukan nama sebenar) bekerja sebagai pegawai kerajaan di pantai timur semenanjung Malaysia. Sebelum ini Abu sudah didekati oleh agen-agen LK...namun membuat keputusan untuk tidak membuat pelaburan. Sehinggalah Abu bertemu dengan saya di satu program dan bertanyakan pendapat saya tentang pelaburan emas ini. Saya ni bukan mahir pasal pelaburan ni...tetapi nak sedapkan hati Abu, saya tunjukkan blog saya...pustakaemas.blogspot dan tokey-emas999. Saya suruh Abu baca blog-blog ini. Kemudian saya berikan pendapat saya terhadap LK berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, Abu membuat keputusan untuk membeli LK melalui agen LK yang dikenalinya. Sebelum kami beredar saya sempat bertanya kepada Abu kenapa baru sekarang dia nak membeli. Ini jawapannya...
"Aku nak tahu sendiri cerita ni dari kawan-kawan yang dah beli...baru puas!"
Classmate ketika di sekolah menengah, Indra (bukan nama sebenar) sudah 5 tahun bekerja dengan syarikat MSC di Putrajaya. Mempunyai minat di dalam pelaburan hartanah, namun belum mempunyai aset. Maklumler, industri hartanah memerlukan suntikan yang besar jumlahnya. Saya memberi pandangan peribadi berkenaan pelaburan hartanah dan pelaburan alternatif (LK). Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang unik. Selesai sesi soal-jawab...Indra bercadang untuk munggunakan sebahagian simpanan yang ada untuk membeli LK. Tujuan Indra untuk mempelbagaikan lagi bentuk simpanan sedia ada. Tahniah Indra!
Sinopsis:
Daripada kedua-dua senario di atas, bukan isu LK yang ingin saya tekankan. Sebaliknya rahsia yang ada di dalam diri mereka yang mempunyai minat tetapi belum mahu bertindak. Nama pun 'rahsia'...hanya diri sendiri sahaja yang tahu. Tentu ramai pemain LLK menghadapi cabaran untuk berdepan dengan mereka. Jangan risau...dengan pendekatan dan penyampaian yang telus, amanah, tepat dan ikhlas sudah pasti mereka ini akan menjadi sebahagian daripada kita di dalam LLK.
1 comments:
untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com
harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa
terima kasih