[Most Recent Quotes from www.kitco.com] Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits
JOM SIMPAN EMAS:
Hubungi Safrul PustakaEmas 0129427678 / Dealer Pn Aida (K.Terengganu) 0139869493 / Dealer Pn Zuraida (K.Terengganu) 0199454911 / Dealer En Haizal (Johor Baharu) 0137089306

Masa itu Emas...

Posted by Safrul Salleh under , ,
Salam Emas

Masa itu emas...Ya, masa memang berharga...berharga macam emas...sebab apa? Masa yang pergi tak akan kembali...betul ke? Kalau sekarang pukul 2 petang...esok ada lagi pukul 2 petang...lusa pun ada lagi pukul 2 petang...macam mana ni? Kata masa tak kembali...ish ish ish...Perumpamaan tu mungkin lebih tepat saya kaitkan dengan peluang terbaik dalam hidup kita yang mungkin hanya datang sekali...peluang baik tu boleh datang tiap-tiap hari tapi pernah ke berlaku? Kalau ada kawan-kawan yang dapat peluang baik setiap hari boleh kongsi dengan saya dan kawan-kawan lain...nak juga tahu peluang apa tu ye...kan? kan?

Peluang datang sekali-sekala...betul juga...Ya! Peluang saya dapat beli emas bila harga emas pada 1159 mata hanya sekali saja dan peluang tu tak tahu lagi bila akan datang. Alhamdulillah...keputusan yang saya ambil sungguh berharga...Alhamdulillah...inilah dikatakan masa itu emas dan sangat berharga. Saya percaya peluang kawan-kawan akan muncul juga...kawan-kawan mesti yakin kepada diri sendiri dan tetapkan objektif bila mahu bertindak...Insya'allah...berkat kesabaran pasti berjaya...

Insya'allah, saya akan berkongsi maklumat dengan kawan-kawan teknik yang saya gunakan di dalam membuat keputusan 'BUY' emas...Salam Aidiladha daripada pustakaemas.blogspot

0 comments:

Disclaimer/Penafian:PustakaEmas.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku yang ditanggung oleh pelawat. Semua maklumat yang dipaparkan adalah pendapat peribadi dan bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pembaca. Setiap keputusan dan risiko adalah tanggungjawab pembaca dan pemilik blog tidak akan bertanggungjawab.