Salam hormat,
Berita berkaitan EMAS sekali lagi menjadi tumpuan semua pihak. Pemilik lombong-lombong EMAS seluruh dunia, syarikat memproses EMAS, pengedar EMAS, penjual, pembeli dan pelabur adalah antara pemain utama di dalam Liga Logam Kuning yang menyaksikan kesan kenaikan dan kejatuhan nilai EMAS dunia.
Tahun 2010 sekali lagi mencatat sejarah apabila nilai EMAS jatuh melebihi $300/oz. Kejatuhan ini hampir menyamai nilai terendah dalam tempoh dua (2) dekad. Prestasi nilai EMAS di Malaysia sepanjang bulan Januari tahun ini tidak seperti dijangka...Nilai tertinggi hampir RM3900/oz atau RM125/gram pernah dicatat di dalam tempoh 2 minggu pertama sebelum mula menjunam mencatatkan nilai terendah di bawah RM120/gram sewaktu saya mengarang artikel ini.
Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh momentum pergerakan nilai EMAS yang boleh saya kategorikan sebagai 'uncertainty'? Mungkin kejatuhan ini memberi peluang kepada penyimpan sedia ada untuk menggandakan lagi simpanan EMAS mereka. Membeli semasa nilai EMAS rendah membolehkan penyimpan EMAS mencapai minimum cost average.Contohnya jika anda membuat:
Belian EMAS pertama 20gram = RM2,740 (purata RM137/gram) ATAU
Belian EMAS kedua 20gram = RM2,680 (purata RM134/gram) ATAU
Belian EMAS ketiga 20gram = RM2,623 (purata RM131.15/gram)
Kes di atas merujuk kepada pembeli yang hanya membeli sekali sahaja. Bagaimana jika anda membeli EMAS pada ketiga-tiga nilai tersebut?
Belian EMAS pertama 20gram = RM2,740 (purata RM137/gram) DAN
Belian EMAS kedua 20gram = RM2,680 (purata RM134/gram) DAN
Belian EMAS ketiga 20gram = RM2,623 (purata RM131.15/gram)
Sekarang anda sudah memiliki 60gram EMAS dengan kos belian RM8043. Maka nilai se gram EMAS anda sekarang adalah RM134.05 (RM8043/60gram EMAS). Nilai RM 134.05 ini yang saya katakan minimum cost average. Kini keputusan di tangan anda untuk menjual semula,sudah pasti, lebih tinggi daripada RM134.05.
Eh...macam mana dengan belian ke-3? Mengapa minimum cost average hanya RM134.05? Kenapa minimum cost average bukan RM131.15 atau lebih rendah? Rugilah macam ni...!
Jangan panik...anda tidak rugi walaupun minimum cost average hanya RM134.05...Kenapa?
Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda jawab...saya pasti anda ada jawapan yang tersendiri...mungkin juga ada yang kurang setuju dengan kaedah yang saya terangkan...tak mengapa...sila beri jawapan anda di dalam ruangan komen posting saya ini sebelum saya terangkan mengapa ANDA TAK RUGI.
Sekian
2 comments:
Menarik analisis dan contoh yang saudara berikan...pendekatan yang cukup jelas dan mudah difahami.
Apa sebab tak rugi? hehehe
Mesti rugi kan?