[Most Recent Quotes from www.kitco.com] Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits
JOM SIMPAN EMAS:
Hubungi Safrul PustakaEmas 0129427678 / Dealer Pn Aida (K.Terengganu) 0139869493 / Dealer Pn Zuraida (K.Terengganu) 0199454911 / Dealer En Haizal (Johor Baharu) 0137089306

Bila Nak Simpan EMAS

Posted by Safrul Salleh under ,
Selamat Tahun Baru,


Kepada semua sahabat dunia EMAS dan juga sahabat yang pernah berurusan dengan saya untuk menggandakan aset dengan membeli EMAS, TAHNIAH saya ucapkan. Keputusan sahabat adalah keputusan yang sangat BIJAK. Kenapa saya begitu???

Ramai sudah sedar tentang kehebatan EMAS...Golongan pimimpin sehinggalah yang dipimpin...EMAS kini menjadi perhatian seluruh dunia...

Tahukah sahabat...

Tahun 2010: 
EMAS MENCATAT KENAIKAN 29%
PRESTASI TERBAIK SEJAK 2007

Inilah kehebatan EMAS...Jom Simpan EMAS dengan PUSTAKAEMAS

Pukul 7 pagi...Prestasi EMAS

Posted by Safrul Salleh under


ANDA BELI = HARGA EMAS RENDAH

Lagi bukti kuasa EMAS

Posted by Safrul Salleh under , ,
Salam sejahtera...lama tak update blog...sibuk dengan tugas-tugas hakiki...kebetulan tangah free...nak share info yang pernah saya 'upload' dalam blog ni...sebelum tu bacalah SELAMAT DATANG BULAN OGOS dan RAHSIA DISEBALIK JUN DAN JULAI.

Kesimpulannya...apa yang saya tulis didalam ruangan di atas bukanlah satu andaian tetapi satu fakta yang mungkin belum diketahui ramai...lihatlah buktinya:

Pada akhir bulan Julai harga EMAS 20g RM2704
Pada awal Ogos harga EMAS 20g naik kepada RM2744
Hari ini (11.30am)...Awal Oktober...Harga EMAS sudah melonjak kepada RM3038!!

Esok atau lusa dan hari-hari yang akan datang entah berapa pula harga EMAS tetapi analisis mengatakan EMAS AKAN MENCECAH $1,405 PADA AKHIR TAHUN INI (Credit to TOKEY EMAS)

Pak Soros memang gila

Posted by Safrul Salleh under
Salam hormat

Terbaru berkenaan Pak Soros...kalau difikirkan tindakan Pak Soros...memang gila! Pak Soros sanggup mengurangkan pegangannya di dalam beberapa syarikat U.S. Antaranya Verizon Communications, Pfizer dan mungkin juga akan menggadaikan pegangannya di dalam Petroleo Brasileiro SA. Sah...memang Sah...


Apa maklumat yang ingin Pak Soros sampaikan kepada dunia?


Masih lena diulit mimpi?


Masih tertanya-tanya, ragu-ragu?


Tepuk dada tanya selera :)

Soros sudah sedar...Anda bila lagi?

Posted by Safrul Salleh under
Salam sejahtera...

Sambungan daripada posting saya berkenaan Soros...Tahukah anda Soros Fund Management telah menggandakan pelaburannya di dalam SPDR Gold Shares ETF (NYSE: GLD) sebanyak 152% yang bernilai $663 juta pada penghujung tahun 2009! Cuba perhatikan statistik di bawah:


Kata Pak Soros, "... The ultimate asset bubble is gold." Bayangkan Pak Soros ni dan konco-konconya sudah tahu potensi Emas sehingga membuat keputusan menggandakan pegangan Emas yang sedia ada kesan daripada ketidaktentuan ekonomi dunia, inflasi dan kejatuhan matawang US.

Anda sudah membuat keputusan? Semoga berjaya!

Gold the ultimate asset bubble.

Posted by Safrul Salleh under

George Soros Bets on Gold

Soros Fund Increases Stake in Gold ETF

By Greg McCoach
Friday, March 5th, 2010
Legendary hedge fund manager George Soros is double downing his bet on gold, even though he considers the market to be a bubble.
Back in late January, at the World Economic Forum, Soros called gold "the ultimate asset bubble."
He failed to mention, however, that his hedge fund had recently more than doubled its position in the yellow metal.


p/s: Adakah kita masih lena diulit mimpi?

Selamat Datang Ogos

Posted by Safrul Salleh under
Salam sejahtera semua...

Selamat tinggal Jun dan Julai....

Selamat datang Ogos...adakah jangkaan harga emas meningkat akan berlaku mulai bulan Ogos? Kesannya sudah kelihatan hari ini...jika sebelum ini harga emas cukup rendah...kini emas sudah mula mengorak langkah...dari serendah RM2704 (Emas PG 20g) kini bernilai RM2744!! Kalau bar meningkat...dinar pun begitu...dari RM559 (Emas PG 1 Dinar) kini sudah bernilai RM567!!

Tahniah kepada semua dan diri sendiri kerana mengambil peluang membeli emas semasa harga rendah...yang belum bertindak...cepat-cepat merebut peluang ini untuk kesan jangka panjang yang lebih hebat!

BERTINDAK SEKARANG...

Tahukah Anda Keistimewaan Emas?

Posted by Safrul Salleh under

Anda mempunyai sejumlah RM RM RM dan anda ingin MENGGANDAKAN HARTA yang sedia ada...Katakan anda sudah memiliki rumah impian, sudah memiliki sejumlah saham, sudah memiliki lot-lot tanah, sudah memiliki bank mempunyai simpanan di bank, sudah itu dan sudah ini...ke mana lagi dan apa lagi HARTA yang boleh anda MILIKI? Anda mestilah bijak mengurus dan merancang RM RM RM anda itu.  Anda mesti MEMPELBAGAIKAN HARTA yang sedia ada dengan MEMILIKI HARTA yang baru. 

Anda boleh mempelbagaikan HARTA ANDA dengan MEMILIKI EMAS FIZIKAL...Sama seperti rumah dan tanah...EMAS FIZIKAL juga satu PILIHAN BIJAK untuk MENGGANDAKAN dan MEMPELBAGAIKAN HARTA ANDA! Seperti rumah dan tanah...Nilai EMAS juga akan meningkat dan sejarah telah membuktikannya!

JOM GANDAKAN ASET dengan memiliki EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD sekarang.



Perkara Asas Pembeli Wajib Tahu

Posted by Safrul Salleh under
Salam hormat

Dalam keadaan nilai EMAS menunjukkan prestasi yang agak membanggakan...ramai yang mula menunjukkan minat terhadap aset yang sangat bernilai ini...Alhamdulillah, usaha saya dan juga rakan EMAS yang lain dapat menggandakan kesedaran tentang bernilainya EMAS.

Namun antara perkara asas yang wajib setiap pembeli tahu dan mungkin juga satu persoalan yang sentiasa bermain-main di minda adalah "Adakah Public Gold mendapat pengesahan dari badan utama kewangan Malaysia iaitu Bank Negara Malaysia?"

Jawapannya ada di blog sahabat baik saya "Tokey-Emas 999"

Bacalah demi kebaikan bersama dan menggandakan ilmu berkaitan EMAS. Jika sudah membuat keputusan untuk membeli EMAS Public Gold, boleh hubungi saya.

Masih belum terlewat...

Posted by Safrul Salleh under ,
Salam hormat pembaca sekelian...

Alhamdulillah...analisis ringkas yang saya buat minggu lepas ternyata benar! Apa tidaknya...harga EMAS sudah mencecah $1,260/oz...satu peningkatan yang menakjubkan...Di Malaysia, jika merujuk kepada harga EMAS Public Gold...nilai 20gram kini hampir mencecah RM3,000! Syukur...berkat kesabaran ternyata berbaloi-baloi...Inilah rahsia bulan Jun & Julai

Masih belum terlewat kepada sahabat-sahabat yang belum memiliki EMAS...Inilah masanya untuk bertindak! Inilah masanya untuk mula menggandakan aset yang sedia ada! Mungkin ada sahabat-sahabat yang merasakan harga sekarang sangat mahal...lihat kembali analisis ringkas saya...harga EMAS akan terus meningkat...belilah sekarang sebelum terlambat...

Dapatkan khidmat nasihat percuma hubungi/SMS 0129427678

Rahsia Disebalik Jun & Julai

Posted by Safrul Salleh under ,
Salam Hormat Salam Piala Dunia!

Demam Piala Dunia 2010 sudah pun bermula...bermula dari 11 JUN - 12 JULAI sudah pasti ramai mencongak negara mana bakal menjulang piala yang diperbuat daripada emas 18 karat (75%)...setidak-tidaknya meramal negara pilihan masing-masing...termasuklah diri saya...heheheh!

Siapa muncul juara biarlah rahsia...rahsia yang hanya terungkai pada 12 JULAI...apa yang nak saya kongsi di sini adalah rahsia EMAS...rahsia yang mungkin membantu saya dan sahabat semua menggandakan lagi aset sedia ada. Rahsia yang mungkin sahabat dah tahu dan saya nak semua tahu...Rahsia disebalik bulan Jun & Julai...Cuba perhatikan kedua-dua graf dibawah...
 

Lihat kebenaran nilai EMAS sepanjang tahun 2001 sehingga 2009...

1. Pada bulan Jun dan Julai - nilai EMAS berubah dalam formasi yang seimbang
2. Sebaik sahaja melepasi bulan Julai (masuk bulan Ogos da...) nilai EMAS akan meningkat.

YA! Sejarah telah membuktikan nilai EMAS akan meningkat pada separuh masa kedua tahunan! Bagaimana pada tahun ini? Meningkat? Apabila nilai EMAS sekarang sudah melepasi $1200...sukar untuk kembali susut...tidak mustahil nilai EMAS pada 2010 akan meningkat? Masa yang sesuai untuk menggandakan aset sedia ada...jangan berlengah lagi...sms/call saya untuk memnyimpan Public Gold Gold Bar & Dinar!

GOLD price rises once again exceeding $1200! Could GOLD touch $5000 in 5 to 10 years from today? There is nothing else out there to protect your wealth. BUY GOLD NOW! SMS/Call Me before this is all over!

Kenapa lama menyepi?

Posted by Safrul Salleh under
Salam sahabat kepada semua 'followers' dan 'bloggers' yang ada di muka bumi ini...

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa dah jadi dengan blog kendalian saya...menyepi lebih kurang 4 bulan sejak 'posting' terakhir pada bulan Februari.

Adakah saya kecewa dengan EMAS?
Adakah saya hanya 'pelakon' disaat EMAS mendapat sambutan?
Adakah saya itu? Adakah saya ini?

Jika itu tanggapan sahabat terhadap diri saya...memang SALAH!

Sebenarnya saya 'lupa' kata laluan...heheheh! Pelik tetapi benar! Entah di mana silapnya saya boleh terlupa kata laluan...setelah puas berhempas pulas 'cleanup' unnecessary memory..dan 'format' balik otak kurniaan Illahi...alhamdulillah...hari ini dalam sejarah...saya dapat balik kata laluan...fuhhhhh!


CAWANGAN PUBLIC GOLD DI KELANTAN?

Posted by Safrul Salleh under ,
Saja je saya buat panggilan ke Main Office PG dan bercakap dengan salah seorang pegawai dari Sales Dept...sekadar nak tahu program yang akan berlangsung di Putrajaya hujung bulan ini...Then, pegawai ni beritahu PG dah buka 'NEW BRANCH' di KELANTAN!

Wahhhh...mudah ler orang di Kelantan nak berurusan...dan makin aktif ler tokey-tokey emas PG di Kelantan. Warga PG di Terengganu pun dapat juga tempias..heheeh...boleh ler 'pecut' atau 'remp-it' ke Kelantan bila nak top-up emas...heheheh!

Saya dah hubungi cawangan PG ni...bercakap dengan Mr. Harrison...untuk makluman kawan-kawan...Cawangan di Kelantan ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat...pukul 9am hingga 6 petang...YES! tak payah apply cuti...tak payah 'tuang'...hari Jumaat boleh pergi solat di Kelantan...ambil stok sambil melancong di Rantau Panjang...yahoooo!

Wajib saya berkongsi maklumat ini dengan kawan-kawan walaupun mungkin ada yang sudah tahu...saya yakin perlu disebarkan...Ini alamat di Kelantan (maaf kalo salah eja sebab 'amoi' cakap ma...)

Tingkat 1 Lot 257
Jalan Kebun Sultan
15000 KB
Kelantan
09-7462999
9am-6pm
Isnin-Jumaat

Person in charge: Mr. Harrison
Google Maps

Public Gold Go For Public

Posted by Safrul Salleh under , ,
Public Gold sekali lagi menjadi pilihan akhbar harian No. 1 Malaysia - Harian Metro. Seminar yang diadakan di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya berjaya menarik minat 500 peminat EMAS dari seluruh Malaysia.










Panel terdiri daripada:
1. Prof. Umar Ibrahim Vadillo
    (Presiden Dunia Pudina Islam)
2. Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera
    (Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia)
3. Puan Nik Mahani Mohamed
    (Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn Bhd)
4. Datuk Mohd Salleh Abdul Majid
    (Mantan Presiden Bursa Malaysia)
5. En. Syukor Hashim
    (Pemilik blog JutawanEmas)
6. Mr. Louis Ng
    (Pengerusi Eksekutif Public Gold)

Satu Kepuasan Setelah Penat Bekerja

Posted by Safrul Salleh under
Salam hormat warga sahabat emas,

Sambil saya membaca berita dan cerita pasal EMAS...saya cuba menggandakan kemahiran di dalam menghasilkan ebook covers. Ini antara cover yang telah berjaya saya hasilkan dengan bantuan Adobe Photoshop. Sila komen atau mungkin ada yang berminat nak hire kemahiran saya yang masih bertatih... Inilah kepuasan setelah sehari menjalankan tugas hakiki!

Credit to picture contributors

Harga Emas

Posted by Safrul Salleh under , , ,
Salam hormat,

Berita berkaitan EMAS sekali lagi menjadi tumpuan semua pihak. Pemilik lombong-lombong EMAS seluruh dunia, syarikat memproses EMAS, pengedar EMAS, penjual, pembeli dan pelabur adalah antara pemain utama di dalam Liga Logam Kuning yang menyaksikan kesan kenaikan dan kejatuhan nilai EMAS dunia.

Tahun 2010 sekali lagi mencatat sejarah apabila nilai EMAS jatuh melebihi $300/oz. Kejatuhan ini hampir menyamai nilai terendah dalam tempoh dua (2) dekad. Prestasi nilai EMAS di Malaysia sepanjang bulan Januari tahun ini tidak seperti dijangka...Nilai tertinggi hampir RM3900/oz atau RM125/gram pernah dicatat di dalam tempoh 2 minggu pertama sebelum mula menjunam mencatatkan nilai terendah di bawah RM120/gram sewaktu saya mengarang artikel ini.

Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh momentum pergerakan nilai EMAS yang boleh saya kategorikan sebagai 'uncertainty'? Mungkin kejatuhan ini memberi peluang kepada penyimpan sedia ada untuk menggandakan lagi simpanan EMAS mereka. Membeli semasa nilai EMAS rendah membolehkan penyimpan EMAS mencapai minimum cost average.Contohnya jika anda membuat:

Belian EMAS pertama 20gram = RM2,740 (purata RM137/gram) ATAU

Belian EMAS kedua 20gram = RM2,680 (purata RM134/gram) ATAU

Belian EMAS ketiga 20gram = RM2,623 (purata RM131.15/gram)


Kes di atas merujuk kepada pembeli yang hanya membeli sekali sahaja. Bagaimana jika anda membeli EMAS pada ketiga-tiga nilai tersebut?

Petua Liga Logam Kuning

Posted by Safrul Salleh under
"Those with responsibility to invest money for others 
should act with prudence, discretion, intelligence, and
regard for the safety of capital as well as income."
Judge Samuel Putnum (1830)
 
 


Prestasi Harga Emas Malaysia

Posted by Safrul Salleh under , ,
Salam hormat sahabat sekelian, hari ni sibuk sikit dengan tugas hakiki...sekarang dah free dan sempat juga tour blog dan review prestasi harga EMAS dunia. Hari ini saya nak berkongsi dengan sahabat sekelian tentang prestasi harga EMAS Malaysia. Mungkin ramai yang dah tahu...namun apa salahnya jika maklumat seperti ini dipaparkan. Insya'allah...maklumat ini sangat penting dan boleh digunakan untuk menggalakkan lagi simpanan dalam bentuk EMAS FIZIKAL. Gunakanlah maklumat ini sebaik mungkin demi kebaikan bersama. Kita selalu tengok prestasi US, apa kata kali ini kita tengok prestasi harga EMAS di negara kita yang tercinta.




Graf 1: Prestasi Emas Malaysia (Jan 12, 2010)


Graf 2: Prestasi Emas Malaysia (3 hari)

 
 Graf 3: Prestasi Emas Malaysia (1 bulan)




Graf 4: Prestasi Emas Malaysia (6 bulan)



Graf 5: Prestasi Emas Malaysia (Setahun)



Kenapa kita mesti menyimpan EMAS?

Posted by Safrul Salleh under ,

Salam hormat dan Salam 2010,

Kenapa kita mesti menyimpan EMAS?

Saya 100% percaya ramai yang sudah ada jawapannya! Saya lagi 100% percaya ramai yang sudah menyimpan stok EMAS...kat mana? Mestilah di dalam peti (bank) dan di bawah bantal (rumah)...Namun, saya 100% percaya ada lagi sahabat sekelian yang masih teragak-agak...masih berkira-kira...masih ragu-ragu di dalam membuat keputusan NAK BELI atau TAK NAK BELI. Jadi kepada sahabat sekelian yang masih teragak-agak...masih berkira-kira...masih ragu-ragu...Ini jawapannya "Kenapa kita mesti menyimpan EMAS"

EMAS adalah satu bentuk simpanan dalam bentuk jangka panjang atau jangka pendek. Apabila kita membeli dan menyimpan EMAS...sebenarnya kita sedang meningkatkan nilai ASET yang sedia ada. EMAS adalah ASET yang nyata dan boleh disentuh seperti tanah dan/atau rumah. Contohnya:

Pada tahun 2009 sahabat memiliki:

  1. ASET 1: Tanah yang berharga         RM60,000
  2. ASET 2: Rumah yang berharga       RM180,000
  3. TOTAL                                           RM240,000
Pada tahun 2010 sahabat bercadang membeli EMAS seberat 20g yang berharga RM2,749 (harga penutup 5/1/2010). Apa kesannya kepada ASET sahabat?
  1. ASET 1: Tanah yang berharga                            RM60,000
  2. ASET 2: Rumah yang berharga                           RM180,000
  3. ASET 3: Emas 20gram yang berharga                 RM2,749     
  4. TOTAL                                                                RM242,749

Jumlah yang ditunjukkan ini adalah pada harga kos (belian)...belum lagi ambil kira kenaikan sepanjang tahun kerana ketiga-tiga ASET ini mustahil untuk JATUH. Inilah kelebihan apabila sahabat sekelian menyimpan EMAS sebagai tambahan nilai ASET sedia ada...Tak rugi...Untung lagi...Berbaloi-baloi dengan modal yang minimum!


JOMDENGAN SAYA
Hubungi 0129427678 Safrul
-Ejen Tokey Emas- 





Selamat Datang 2010

Posted by Safrul Salleh under
PUSTAKAEMAS MENGUCAPKAN



SELAMAT TAHUN BARU 2010! 

SEMOGA SENTIASA DIBERKATI DAN DIMURAHKAN REZEKI!







Disclaimer/Penafian:PustakaEmas.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku yang ditanggung oleh pelawat. Semua maklumat yang dipaparkan adalah pendapat peribadi dan bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pembaca. Setiap keputusan dan risiko adalah tanggungjawab pembaca dan pemilik blog tidak akan bertanggungjawab.